Selalunya kalau nak bercuti ke Thailand, ramai diantara yang membuat pilihan untuk melancong ke Bangkok, Phuket, Pattaya mahupun Phuket. Ramai yang tidak tau, warga Thai suka memilih untuk bercuti di Hua Hin.
Hua Hin merupakan sebuah bandar peranginan pantai yang terlatak di wilayah selatan Thai Prachuap Khiri Khan. Terkenal dengan pantai dan water theme park, tempat ni sangat sesuai untuk bercuti.Kalini, aku berpeluang untuk merehatkan diri ke Novotel Hua Hin. Dalam artikel aku kali ini, aku nak menceritakan review tentang resort ni.

Flight
Memandangkan Hua Hin semakin dikenali di kalangan rakyat Malaysia, terdapat direct flight dari Kuala Lumpur ke Hua Hin. Aku menaiki flight Air Asia ke Hua Hin and penerbangan cuma mengambil masa lebih kurang 2 jam.
Novotel Hua Hin ni pula terletak 15 minit je dari Airport Hua Hin, jadi korang boleh lah pilih untuk menaiki grab ataupun pergi ke hotel menggunakan perkhidmatan airport shuttle yang disediakan oleh pihak hotel.
Sampai sahaja aku ke Hotel ni, aku terus ke lobi untuk check in. Proses check in boleh dikatakan sangat cepat dan simple. Malah, kesemua staff di bahagian receptionist boleh dikatakan boleh memahami dan berbahasa Inggeris dengan sangat lancar.
Antara sebab utama, aku dan pengunjung lain memilih hotel Novotel Hua Hin ini adalah kerana selain bilik dan fasiliti yang lengkap dan menarik, Novotel Hua Hin ni merupakan satu-satunya hotel di Hua Hin yang kesemua biliknya menghadap pantai. Jadi tak perlu risau untuk memilih bilik kerana sudah pasti kesemua bilik mempunyai view yang sangat cantik!

Aku menginap di Executive Suite di Novotel Hua Hin. Executive Suites ni dibahagikan kepada bahagian tidur dan kawasan seperti ruang tamu. Dilengkapi dengan wifi yang sangat laju (my favourite), Dua Flat-screen TV di bahagian tidur dan bahagian ruang tamu, mesin kopi, DVD Player dan of course view laut yang sangat cantik dari balcony bilik, bilik ni memang membuatkan aku betul-betul berehat dan bermalasan di dalam bilik yang sangat selesa ni!
Tambah menarik lagi, untuk tetamu eksekutif suite, aku mendapat beberapa faedah ekslusif penginaan aku termasuklah free local call, prioritize check in and check out, percuma dobi untuk 2 pasang baju. Bukan itu sahaja tetamu eksekutif juga dapat akses ke executive Lounge untuk breakfast, evening cocktail and canapés dan refreshment termasuk soft drinks and snacks sepanjang hari!
Ocean Terrace Bar & Restaurant
Semasa penginapan aku di sini, aku berasa agak penat untuk keluar lunch di luar dan mencuba sendiri salah satu restaurant yang ada iaitu Ocean Terrace Bar & Restaurant. Restaurant ini terletak bersebelahan kawasan pool dan betul-betul di tepi pantai. Apa boleh aku katakana, makanan di
Ocean Terrace Bar ni sedap dan memenuhi citarasa aku walaupun terdapat makanan western sahaja di sini instead of makanan Thai.
Aktiviti yang boleh dilakukan di Hotel
Enjoy swimming pool !

Terdapat banyak aktiviti menarik yang korang boleh lakukan di sini selain berehat di bilik yang sangat selesa tu. Antaranya korang boleh enjoy swimming pool yang ada gelongsor tu! Swimming pool dibuka tiap hari dari pukul 7am sampai 8pm so make sure korang try swimming dan main gelongsor air tu!
Cooking class
Kemudian, terdapat cooking class dimana aku sangat excited untuk join. Antara masakan yang diajar adalah pad thai, somtam dan tomyam. Lepas masak tu, korang bolehlah judga masakan korang sendiri and makan makanan tu sambil melihat sunset!
Kids Playroom
Bagi korang yang ada bawak anak-anak ke sini, aku ada info yang mesti k
orang akan suka. Disebakan Novotel ni child & family friendly, terdapat banyak aktiviti yang anak-anak korang boleh lakukan. Antaranya ada play area yang bagi aku snagat menarik and best sehinggakan aku pun wish aku dapat jadi budak-budak and main di sini. Malah, kalau korang tinggalkan anak korang di play area tu pun, staff akan tengokkan anak-anak korang. Jadi bolehlah korang nak swimming, pergi spa atau berehat sekejap!
Spa

Kalau datang ke Thai, tak sah lah kalau tak berurut kan. Terdapat spa juga disini yang menawarkan macam-macam pakej spa untuk korang. Like usual, aku mencuba 60 minute thai massage di In
balance Spa ni.
Leave a Reply